Sunday 2 October 2011

Hapus kuota bumiputra, Umno khianat Melayu

Dewan Pemuda PAS (DPPM) mengesa presiden Umno yang juga perdana menteri Malaysia menarik balik hasrat beliau yang mahu menghapuskan terus kuota bumiputra dan mengunakan sistem meritokrasi sebagai kaedah baru bagi mendesak usahawan itu untuk bersaing secara terbuka.

Penghapusan kuota bumiputra ini adalah satu pengkhianatan Umno kepada orang Melayu dan bukan masanya perkara ini dilakukan. Jika kuota dihapuskan, apa lagi yang tinggal sedangkan baki yang ada dari 30 peratus dahulu sebenarnya hanyalah tinggal 12.5 peratus sahaja.

Rakyat tidak lupa bahawa pada 2009, Najib jugalah orang yang bertanggungjawab menurunkan kuota ekuiti bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus.

Demi merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) kuota bumiputra dimangsakan, sedangkan banyak lagi perkara lain yang belum dilakukan Umno sepanjang hampir 12 penggal pemerintahannya.

Kegagalan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di Jabatan Perdana Menteri memainkan peranannya menunjukan bahawa perdana menteri dan Umno tidak serius dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu.

Cadangan mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) juga hanyalah satu helah untuk menunjukan bahawa mereka telah melakukan sesuatu sedangkan MTEM ini hanyalah dianggotai oleh ahli-ahli yang bernaung dalam Biro Ekonomi Umno yang terus menerus diberikan projek-projek khas oleh agensi Kerajaan.

DPPM menyeru agar rakyat dan NGO khususnya kalangan Melayu bangkit menentang dasar ini.

Jangan biarkan presiden Umno sekarang mengadai kepentingan Melayu demi meraihkan pelaburan asing dan juga meningkatkan kekayaan kroni-kroni beliau.

Rakyat wajib menolak Umno-BN dalam Pilihanraya akan datang jika mahu negara ini tidak digadaikan oleh pengkhianat.

Penulis adalah ketua penerangan dewan Pemuda PASHapus kuota bumiputra, Umno khianat Melayu - Malaysiakini:

'via Blog this'

Mata dunia sudah terbuka...

Kebangkitan masyarakat yang ingin menumbangkan kebatilan semakin membara terutama di tanah Arab, Syria, Libya, Tunisia dan Mesir serta London yang merupakan bukan negara Islam. Kebenaran akan tiba juga akhirnya dan kezaliman dan kebatilan akan runtuhnya akhirnya.

Apa yang berlaku di Libya detik ini sungguh membuktikan bahawa kuasa rakyat boleh menumbangkan rejim yang sudah lama bertapak dengan kekuatan dan semangat yang ada pada mereka.

Kerinduan untuk menikmati keadilan membuatkan mereka bertekad setelah lama tertindas dalam sistem pemerintahan yang lama. Negara yang kaya seperti di Libya, tetapi rakyat menderita miskin walaupun penduduknya tidak terlalu ramai hanya 6 juta sahaja.

Pemimpin yang mengaut segala keuntungan menyebabkan rakyat terhina hidupnya, sedangkan mereka mengumpulkan harta untuk kepentingan peribadi.

Kejayaan pejuang menguasai Tripoli merupakan kejayaan atasa usaha mereka selama ini. semangat untuk menjatuhkan rejim Muaamar Gadafi diraikan dengan gembira sambil membakar bendera Libya dan mengibarkan bendera mereka.

Saat akhir zaman kita sudah mula menghampiri kita apabila negara Islam akan menang nanti. Pergolakan yang masih belum tamat di Gaza, Palestin dengan Yahudi terus melakukan serangan menunjukkan mereka masih belum berputus asa untuk membunuh umat Islam dan menawan Palestin yang di katakan tanah suci yang disediakan untuk mereka.

Menjelang PRU-13 dalam masa terdekat ini, masyarakat di Malaysia masih lagi dijajah dengan penyekatan maklumat yang tidak tepat tentang sesuatu isu. Kebebasan media sudah diragui apabila hanya sebelah pihak sahaja yang memberikan maklumat kepada masyarakat.

Kemerdekaan yang sentiasa disambut pada setiap tahun hanya sekadar perayaan tanpa dihayati nilai kemerdekaan itu sendiri dalam dunia kita.

Adakah sekadar mengibarkan jalur gemilang kita dikatakan sudah menghayati nilai kemerdekaan sedangkan masyarakat masih lagi mendengar lagu-lagu dari barat, berpakaian cara barat, pemikiran masih dijajah barat.

Di manakah kemerdekaan kita?

Diakui kita aman hidup dalam negara yang dipimpin bangsa kita, tetapi seharusnya kemerdekaan itu berlaku dalam segenap aspek dalam kehidupan kita. Kita yang patut mencorak bagaimana hidup kita sebagai rakyat yang merdeka.

Jika ini berterusan berlaku, negara akan berterusan mundur dan rakyat tidak akan maju dek kerana seluruh hak dan pemikiran mereka dicorak oleh mereka yang tidak mempunyai belas ihsan. Yang kaya akan terus kaya, dan yang miskin akan terus miskin.

Dunia dan kegemilangan kepimpinan negara Islam yang dipimpin junjungan Agung Nabi Muhammad SAW perlu dijadikan contoh teladan erbaik dalam mengemudi sebuah negara Islam yang dipimpim oleh orang Islam.

Rasulullah adalah kekasih Agung Allah yang membawa rahmat kepada seluruh alam dengan peribadi yang di kagumi segenap bangsa dan agama.

Rasulullah telah diangkat di antara pemimpin dunia yang pertama daripada 100 pemimpin yang terunggul di dunia. Baginda merupakan model yang perlu kita junjungi sunnahnya dan mengembangkan syiar dakwah yang di perjuangkan baginda.

Kesan daripada keadilan, keikhlasan dan kejujuran dalam pentadbiran akan membuahkan kejayaan dan kegemilangan dan bakal melahirkan bungan bangsa yang bertamadun dan berdaya saing seiring dengan syariat dan tuntutan agama.

Ayuh, mari kita renungi sejenak bagaimana corak negara kita yang bakal ditentukan pada PRU akan datang dengan menimbang tara elemen-elemen yang perlu dibawa dan diterjemahkan dalam sebuah negara Islam.

Mata dunia sudah terbuka... - Malaysiakini:

'via Blog this'

Hudud: DAP tetap bersama PAS lawan BN


| Print |
Nazri Abdullah

KEPALA BATAS, 2 Sept: Perbezaaan pandangan berhubung perlaksanaan undang-undang Islam khususnya hudud tidak bermakna DAP putus kerjasama dengan PAS.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan, DAP tetap akan bekerjasama dengan PAS kerana masih banyak persamaan dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat khususnya melawan BN.

Bercakap sewaktu menyampaikan pidato di program rapat umum sempena Kongres 60 Tahun PAS di sini malam tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga secara tegas menyatakan mereka juga tidak akan bersama Umno biarpun Umno juga sama pendirian dengan DAP menolak perlaksanaan hudud.

"Pimpinan DAP jelas kita tak setuju dengan hudud. Umno pun tak setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana DAP tak setuju Umno tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama.

"Kita terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama lawan kebatilan, sama-sama lawan BN," tegasnya disambut tepukan dan laungan takbir hadirin.

Dalam majlis itu dianggarkan lebih 20 ribu hadirin hadir dan duduk bersila memenuhi ruang dalam dan perkarangan Dewan Milenium.

Dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu, kesemua parti komponen PAS, PKR dan DAP menyatakan persetujuan bersama memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu.

Mereka juga menghormati pendirian PAS untuk mengangkat isu hudud dan membincangkannya agar difahami oleh masyarakat.

Pada masa yang sama, mereka juga menghormati pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud kerana bertentangan dengan perlembagaan.

Keputusan bersama itu sekaligus didakwa menggagalkan rencana Umno BN memecah belahkan parti-parti dalam Pakatan menggunakan isu hudud yang selama itu dianggap senjata ampuh mereka.

"Kita (DAP) ditubuh untuk bela perlembagaan bukan lawan perlembagaan. Sama juga kita bukan mahu lawan Islam tetapi kita mahu lawan Umno, MCA, MIC dan BN," katanya.

Turut menjadi pemidato dalam majlis malam tadi adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Hudud: DAP tetap bersama PAS lawan BN:

'via Blog this'

Harga rumah naik 20 peratus

 Oleh Magendran Rajagopal magendran@bharian.com.my
 2011/10/03
 Peningkatan kos bahan mentah, isu kuota Bumiputera beban pemaju PUTRAJAYA: Unjuran harga hartanah akan meningkat sehingga 20 peratus dalam separuh kedua 2011 bukan disebabkan permintaan pasaran yang tinggi, tetapi sebaliknya berpunca daripada kenaikan harga bahan binaan dan kos pembinaan. Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri Michael K C Yam, berkata berdasarkan maklum balas diperoleh daripada sektor berkenaan, 65 peratus berpendapat harga hartanah akan meningkat sehingga 20 peratus menjelang akhir tahun ini. Sehubungan itu, katanya, 47 peratus pemaju berkata, mereka bercadang menaikkan harga jualan bagi projek masing-masing sehingga 15 peratus menjelang pelancaran jualannya akhir tahun ini. “Pemaju kini dibebani kenaikan harga batu bata, besi, simen dan pasir, selain masalah kekurangan tenaga kerja, manakala sikap tidak telus dan kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) menangani isu perumahan bagi kuota Bumiputera turut menyumbang kepada peningkatan kos operasi pemaju. “Harga batu bata meningkat 27 peratus kepada 42 sen tahun ini berbanding 33 sen tahun lalu, harga besi kerangka meningkat 13 peratus kepada RM2,589 satu tan berbanding RM2,285 satu tan pada 2010. Sejak Julai lalu, harga simen, pasir, batu bata dan besi masing-masing naik lagi sehingga 46.2 peratus, 81.1 peratus, 47.2 peratus dan 69.5 peratus. “Jadi, Panel Majlis Kebangsaan REHDA menggesa supaya peruntukan kuota Bumiputera disemak semula kerana ia antara punca utama pemaju menanggung kerugian, selain dibebani kenaikan harga bahan binaan,” katanya ketika dihubungi semalam. Mengikut syarat sekarang, pemaju mesti memperuntukkan antara 30 hingga 70 peratus unit rumah untuk kuota Bumiputera dan unit yang tidak terjual hanya boleh dilepaskan jika mendapat kelulusan kerajaan negeri berkenaan. Pemaju juga perlu membayar kadar diskaun tujuh peratus untuk kuota Bumiputera sebagai levi kepada kerajaan negeri berkenaan. Michael berkata, unit rumah kuota Bumiputera kurang diminati pembeli Bumiputera sendiri kerana ia hanya boleh dijual kepada pembeli Bumiputera saja, sekali gus menyukarkan mereka mendapatkan pembeli pada masa depan. Beliau berkata, fenomena itu menyebabkan pembeli Bumiputera lebih cenderung membeli unit rumah bukan kuota Bumiputera dan keuntungan pemaju pula terjejas kerana tidak ada pembeli untuk unit rumah kuota Bumiputera itu. Katanya, syarat kuota Bumiputera itu harus dikaji semula kerana bimbang industri hartanah mungkin diperalatkan sebagai senjata politik pihak tertentu. Bagaimanapun, beliau menyifatkan pasaran hartanah negara masih kukuh kerana bergantung kepada pembeli tempatan yang menduduki sendiri hartanah dibeli, sekali gus terlindung daripada kemerosotan ekonomi yang memberi kesan ketara terhadap pasaran hartanah di negara maju. Berdasarkan Laporan Kaji Selidik Industri Hartanah REHDA bagi separuh pertama tahun ini, hanya 52 peratus pemaju, berbanding 55 peratus pemaju pada separuh pertama 2010, melancarkan projek baru. Walaupun jumlah projek baru berkurangan, purata saiznya bertambah kepada 150 unit setiap projek pada separuh pertama 2011 berbanding hanya 100 unit bagi tempoh sama tahun lalu, sekali gus membuktikan pemaju lebih cenderung memilih projek mempunyai permintaan pasaran tinggi.

Macam kata pada diri sendiri

Ahli UMNO perlu abai kepentingan diri: Mahathir

 2011/10/03

 JITRA: Ahli UMNO perlu kembali kepada matlamat perjuangan asal penubuhan parti itu, iaitu untuk agama, bangsa dan negara serta mengetepikan kepentingan diri bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, ahli UMNO juga perlu membebaskan diri daripada penyakit kritikal yang membelenggu mereka, iaitu menikam dari belakang serta cantas mencantas kerana budaya itu hanya melemahkan parti. “Dulu kita (orang UMNO) sanggup berkorban apa saja untuk parti... sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk membantu parti, tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu. “Kita kena kembali kepada perjuangan asal UMNO yang mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan tanah air melebihi kepentingan diri. “Jika diadakan PRU waktu ini, UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka sudah pudar,” katanya selepas berucap di Perhimpunan Perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Siri Kedua peringkat negeri di sini, semalam. Dr Mahathir yang menyifatkan sikap negatif ahli UMNO itu sebagai penyakit yang kritikal berkata, BN boleh menang besar pada PRU nanti sekiranya masalah itu dapat dihapuskan. Katanya, masalah berpuak-puak dalam UMNO juga adalah serius dan jika tidak ditangani akan menyebabkan perpecahan dalam parti sehingga menyukarkan BN mengukuhkan semula kedudukan di Parlimen serta merampas negeri yang terlepas ke tangan pembangkang. Beliau berkata, walaupun masa semakin singkat bagi UMNO memperbaiki kelemahan di kalangan ahlinya berikutan PRU semakin hampir, ia boleh dicapai jika wujud kesedaran yang mendalam di kalangan ahli.
-bharian

UMNO bangang dulu, kini dan selamanya

Hudud tidak sesuai dilaksanakan dinegara ini - Mahathir
KUBANG PASU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan menentang hukum hudud tetapi pelaksanaanya ia tidak sesuai dijalankan dinegara ini yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hukuman jenayah perlu adil pada semua bukan hanya pada sesuatu kaum sahaja.

Sementara itu, beliau juga mengatakan perlu difikirkan juga perasaan ahli keluarga mangsa kekejaman komunis, jika benar Chin Peng mahu kembali ke Malaysia.
"Dia bukan pejuang kemerdekaan tapi berjuang untuk dirikan negara komunis di Malaysia," katanya. - Sinar Utara/Roslinda Hashim

Bapa pelingkup beri nasihat

Orang UMNO perlu balik ke perjuangan asal untuk menang pilihan raya: Tun M


2011/10/02

JITRA: Ahli UMNO perlu balik pada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi 'duri dalam daging' iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang UMNO akan terhapus.

"Dulu orang UMNO berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.
"Jika diadakan PRU waktu ini, UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 'Bicara Negarawan' pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di Dewan Wawasan di sini, hari ini.

Hampir 2,000 pengerusi dan setiausaha JKKKP dari seluruh negeri hadir mendengar bicara beliau yang berlangsung selama sejam. Hadir sama pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir serta jawatankuasa Perhubungan UMNO Kedah.

Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada PRU ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang UMNO ini terhapus.

Beliau yang ditanya adakah sesuai PRU diadakan sekarang, menjawab: "Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun UMNO belum cukup kuat."
"Dalam UMNO masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang UMNO seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain," katanya.

Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: "Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah."

"Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

"Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama.

"Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud," soal Dr Mahathir.

Beliau yang ditanya seorang wartawan akhbar Cina mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan Chin Peng yang dilaporkan sakit untuk balik ke Malaysia, Dr Mahathir berkata rakyat masih marah pada komunis.

"Dia pilih untuk mengkhianati negara.... kita kena ambil kira perasaan orang kerana ramai jadi mangsa komunis, kehilangan keluarga, putus kaki. Ramai orang tidak maafkan dia. Kita kena fikir perasaan mereka bukan Chin Peng," katanya.

Dr Mahathir menegaskan Chin Peng berjuang kerana hendak mendirikan kerajaan komunis bukan menuntut kemerdekaan, berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan. - BERNAMA
Berita Harian Online | Orang UMNO perlu balik ke perjuangan asal untuk menang pilihan raya: Tun M:

'via Blog this'