Wednesday 5 October 2011

Dr Asri: Pantang larang semarakkan filem hantu

Dr Asri: Pantang larang semarakkan filem hantu
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, fenomena filem hantu bukan sahaja disebabkan kecenderungan penonton tetapi juga kerana ruang berkarya yang sempit.

Katanya, pantang larang berasaskan aliran pemikiran yang sempit menyebabkan banyak karya yang baik bertemakan perkara lain akhirnya gagal mendapat kelulusan.

NONE"Banyak karya yang baik tetapi tidak boleh mendapat kelulusan di media kita disebabkan 'pantang larang' pihak penapisan yang bukan atas asas moral atau agama, tetapi (berdasarkan) aliran pemikiran yang sempit," kata Dr Asri (kanan).

Pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, karya berkaitan isu agama dan politik kadang kala dinilai dengan cara yang begitu sempit.

"Umpamanya 'satira politik' mungkin sukar diluluskan jika ia mengkritik parti pemerintah. Satira politik (sebaliknya) boleh mendapat tempat sepatutnya.

"Ia boleh membangunkan kesedaran tentang kenegaraan. Satira politik merangkumi (kritikan pada) pembangkang dan kerajaan," katanya lagi.

Polemik

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri mengakui, lambakan filem hantu memang fonomena yang buruk, merosakkan minda dan kadang kala akidah umat Islam.

Isu kesan negatif filem hantu dan seram muncul semula selepas kontroversi Hantu Bonceng karya Ahmad Idham yang didakwa Pemuda PAS sebagai menghina Islam dan mempermainkah kalimah syahadah.

NONESelepas polemik itu dianggap selesai, media semalam melaporkan penggiat dan pengarah filem tema itu menafikan karya mereka menjadi punca suburnya kepercayaan tahyul dan merosakkan akidah.

Sehari sebelum itu, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) dilaporkan berkata, lambakan cerita hantu menggalakkan kepercayaan karut dan tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah melalui pendekatan saintifik.

Bekas perdana menteri berkata, cerita mitos pula banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.

Senada dengan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan mahu kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem jenis itu.

'Keburukan lebih banyak'

Sementara itu, seorang editor buku-buku agama Zahiruddin Zabidi (bawah) berkata, walaupun bukan semua filem hantu membawa keburukan, hakikatnya "keburukan itu lebih banyak daripada kebaikan" dan wajar diatasi segera.

islamic book editor zahiruddin zabidi"Tidak cukupkah lagi bukti yang ada di sekeliling kita mengenai kesan segala tahyul mahyul cerita hantu ini?" katanya yang menyokong penuh kenyataan Dr Mahathir.

Menurut graduan pengajian usuludin itu lagi, menjadi keutamaan kepada pendakwah pelbagai NGO dan agensi kerajaan menyatakan sokongan padu kepada teguran Dr Mahathir.

"Semoga dengan teguran bernas daripada tokoh berpengaruh tanah air ini, para karyawan akan sedar dan tidak hanya terus memikirkan keuntungan wang ringgit sahaja sehingga sanggup melihat anak bangsa terus punah dengan hasutan-hasutan dan pemikiran tahyul dalam filem-filem mereka," kata Zahiruddin.

Dalam masa yang sama, tambahnya, masyarakat tetap mengharapkan pekerja seni terus berkreatif dan menghasilkan filem yang membawa nilai positif kepada agama, bangsa dan negara.

Bagaimanapun, kumpulan ini memerlukan panduan dan petunjuk seperti tergambar dalam pertemuan Pemuda PAS dengan produksiHantu Bonceng sebelum ini, kata Zahiruddin lagi.
Dr Asri: Pantang larang semarakkan filem hantu:

'via Blog this'

Jutawan: Chin Peng okay, tapi mahu balik

Jutawan: Chin Peng okay, tapi mahu balik
Jutawan Perak Koon Yew Yin telah bertemu dengan Chin Peng di Bangkok dan mengesahkan bahawa laporan akhbar yang mendakwa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sebagai tenat adalah tidak benar.

"Kedua-dua gambar (atas dan bawah, kanan) membuktikan bahawa Chin Peng masih hidup," kata Koon dalam satu kenyataan melalui e-mel hari ini.

NONEKoon berkata beliau bercuti di Bangkok dengan rakannya Yap Lim Sen, yang kebetulan adalah kenalan keluarga lama Chin Peng.

Apabila dimaklumkan mengenai kesihatan Chin Peng, Yap mengaturkan satu majlis makan malam dengan bekas pemimpin komunis itu di Hotel Novotel pada Ahad lalu.

Koon melaporkan bahawa Chin Peng masih rindu untuk kembali ke Malaysia untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya dan masih mengikuti perkembangan semasa negara ini.

"Di bawah dasar 1Malaysia, Chin Peng berharap kerajaan akan membenarkan beliau untuk kembali ke negara ini untuk membuktikan tiada dendam disimpan terhadap PKM kerana kedua-dua pihak menentang musuh kolonial yang sama.

"Ia juga akan menjelaskan salah faham dan tanggapan serta putar belit yang telah melanda pemahaman kita di masa lalu dan meletakkan persediaan asas untuk perpaduan kaum dan solidariti," kata Koon.

Koon Yew YinBeliau juga melahirkan rasa kebimbangannya mengenai polarisasi kaum yang semakin melebar dan berharap kerajaan akan menunjukkan belas kasihan dengan membenarkan Chin Peng kembali ke negara kelahirannya.

Koon (kiri) adalah pengasas IJM Corporation, Gamuda Bhd dan Mudajaya Group Bhd dan juga seorang dermawan.

Beliau pernah cuba untuk menderma RM30 juta untukpembinaan asrama pelajar Universiti Tunku Abdul Rahma (Utar) tetapi ditolak kerana universiti itu tidak dapat bersetuju dengan beberapa syarat yang dikemukakannya.
Jutawan: Chin Peng okay, tapi mahu balik:

'via Blog this'