![]() KUALA TERENGGANU – Mana-mana pihak termasuk rakan sekutu daripada Pakatan Rakyat (PR), tidak berhak membatalkan keputusan Pas untuk melaksanakan perundangan jenayah syariah termasuk hudud. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun mereka berada dalam satu pakatan, parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh menafikan dasar dibawa Pas kerana mereka memperjuangkan dasar berbeza. Beliau berkata, parti dalam PR terbentuk daripada kerjasama secara persefahaman dan bukan atas dasar yang sama, sekali gus mereka tidak boleh terlibat dalam membuat keputusan membabitkan dasar parti. “Mereka tiada hak untuk membatalkan keputusan kita di mana kerjasama parti adalah kerjasama secara persefahaman, bukan satu parti yang sama dasar. Kita berbeza dasar tetapi bersama dalam beberapa pendekatan, itu biasalah,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media ketika menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno (PGU) di Pantai Pandak Chendering, di sini, semalam. Turut hadir, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merasmikan PGU dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut. Abdul Hadi bagaimanapun menyifatkan kenyataan pemimpin DAP sebelum ini yang menyatakan penolakan terhadap hukum hudud sebagai pandangan dan bukan tentangan. Sementara itu, beliau berkata, bahawa Pas bersungguh-sungguh untuk melaksanakan perundangan syariah Islam dan menegaskan bahawa ia sudah lama diperjuangkan. Selain memutuskan undang-undang Islam di Kelantan dan Terengganu, pihaknya turut mengadakan seminar secara tahunan di Kelantan untuk memberi penjelasan mengenai perundangan tersebut. “Kelantan sendiri telah mengadakan seminar undang-undang jenayah syariah secara tahunan. Ini bukan bermusim tetapi secara tahunan,” katanya. Dari sudut pelaksanaan, beliau yakin hanya dengan peralihan kuasa sahaja mampu merealisasikan hasrat Pas. Ditanya berhubung Akta Murtad, beliau berkata, perkara itu sebenarnya sudah termaktub dalam perundangan jenayah syariah yang akan dilaksanakan Pas kelak. Menurutnya, murtad adalah salah satu kesalahan jenayah dikategorikan dalam hukum hudud selain mencuri, merompak, berzina, menuduh berzina dan minum arak. “Semua hukum syariah ada dalam kitab, cuma dengan syarat pembangkang ada kuasa pemerintahan yang berdaulat,” katanya. |
Sunday, 16 October 2011
PR tiada hak halang Pas laksana hudud
Enggan minta maaf tindakan 'kurang ajar': Tun Dr Mahathir
Enggan minta maaf tindakan 'kurang ajar': Tun Dr Mahathir
2011/10/16
SERI ISKANDAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Profesor Dr Abdul Aziz Bari memohon maaf serta menarik balik kenyataannya yang mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan gereja di Damansara Utama Ogos lalu, 'sebagai kurang ajar'.Beliau berkata kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertentangan dengan moral masyarakat Timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam bahasa Melayu."Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) Ke-11 hari ini.Dr Mahathir, yang juga Canselor UTP, diminta mengulas kenyataan Dr Abdul Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.
Abdul Aziz dilaporkan berkata sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.
Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan Anugerah Canselor Emas kepada graduan Sarjana Muda Kepujian Kejuruteraan Awam Lai Chin Leong, 23, berikutan kecemerlangannya meraih purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.89.
Muhammad Aiman Jamaludin, 22, T. Kuhanesapathy, 23, pula menerima Anugerah Canselor Perak dan Gangsa. - BERNAMA
'via Blog this'
Friday, 14 October 2011
Jangan hanya sandiwara sahaja
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia mengalu-alukan tindakan yang akan diambil oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mempamerkan 40,000 nama yang telah ada di dalam daftar pemilih yang belum dapat dikenalpasti identiti sebenar mereka di laman web dan media supaya mendapat maklumbalas maklumat yang sahih dan tepat.
Cuma pihak Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia cukup terkilan dengan sikap Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang sebelum ini sering berdolak-dalik berkenaan dengan isu yang cukup serius ini.
Sebelum ini Abdul Aziz menafikan adanya pemilih yang diragui status pemilih mereka di dalam data SPR seperti yang telah didedahkan oleh pihak Dewan Pemuda Pas Malaysia sebelum ini. Kini terbukti sudah kebenaran seperti yang didakwa dan mungkin angkanya melebihi daripada 40,000 nama seperti di dakwa oleh SPR.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia berharap semoga pihak SPR berlaku telus dan bersungguh-sungguh untuk melakukan pembersihan daftar pemilih ini.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia tidak mahu SPR hanya membuat kenyataan retorik yang hanya bertujuan untuk ‘mengaburi’ mata rakyat bagi menunjukkan kesungguhan SPR melaksanakan reformasi pilihanraya di dalam negara ini.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia dengan ini mengarahkan supaya seluruh jentera Pemuda di semua peringkat untuk melakukan siasatan dan mengenalpasti penama-penama yang akan dipamerkan oleh pihak SPR.
Bagi mempastikan penama-penama tersebut adalah sebenarnya orang yang mempunyai kelayakan untuk menjadi pemilih di dalam negara ini dan bukannya ‘orang samaran’ yang diciptakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, pihak Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia meminta supaya para pimpinan PAS di semua peringkat, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat serta sekalian rakyat Malaysia supaya melakukan semakan terhadap status diri sendiri sebagai pemilih berdaftar di dalam daftar pemilih.
Kerana pihak Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia mendapat maklumat ada usaha yang dilakukan oleh pihak SPR untuk ‘mengeluarkan dan menghilangkan’ nama-nama pengundi yang telah berdaftar dan pernah mengundi sebelum ini secara tidak sah dan tanpa pengetahuan mereka melalui operasi pemutihan daftar pemilih ini.
Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia mengharapkan supaya Pemuda di peringkat Kawasan bersama-sama Pas Kawasan memainkan peranan menyediakan perkhidmatan semakan status pengundi kepada masyarakat setempat di pejabat masing-masing secara serius.
Untuk mengelak kejadian kehilangan pengundi daripada daftar pemilih sediada dan mengambil tindakan susulan sekiranya berlaku kes kehilangan tersebut kepada peringkat Negeri dan Pusat.
MOHD SANY HAMZAN
PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
Persekutuan diminta tunjuk perbelanjaan cukai dibayar rakyat Selangor
Tetapi kita juga mahu kerajaan pusat menunjukkan kepada rakyat Selangor bagaimana RM23b cukai yg diberikan kepada persekutuan dibelanjakan.
Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor"
'via Blog this'
Utusan diperintah bayar RM60,000 kepada Khalid Samad
Hakim Mahkamah Tinggi, Dr Prasad Sandosham Abraham memerintahkan bayaran tersebut kepada Khalid selepas mendengar hujah kedua pihak mengenai taksiran kerosakan yang dialami. Dr Prasad berkata, dalam menentukan jumlah bayaran, beliau menimbangkan bahawa artikel berkenaan tidak secara langsung mengaitkan Khalid dan penulis asal artikel tidak disaman oleh Khalid.
Pada 30 September, Khalid menang dalam samannya ke atas Utusan Melayu selepas Dr Prasad memutuskan bahawa Khalid dapat membuktikan kesnya dan bahawa plaintif (Khalid) difitnah dan dimalukan oleh defendan dalam artikel tersebut.
Semasa mengemukakan samannya tahun lalu, Anggota Parlimen PAS itu menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak serta penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, sebagai pihak defendan.
Khalid mendakwa bahawa pada 11 September 2009, Aziz dengan niat jahat membenarkan penerbitan dan pencetakan kata-kata memalukan terhadapnya di muka depan Utusan Malaysia.
Dia juga berkata, atrikel bertajuk "Zulkifli bidas Pak Janggut" secara langsung dan tidak langsung merujuk kepadanya walaupun nama beliau tidak disebut.
Pihak defendan dalam pernyataan bela mereka menyatakan penerbitan berkenaan dibuat berasaskan satu ulasan oleh Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkfli Noordin dalam blognya pada 9 September 2009. - BERNAMA
'via Blog this'
Thursday, 13 October 2011
820,156 pemilih baru pada 2010
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata, jumlah permohonan pendaftaran baru ini berbeza dari tahun ke tahun kerana ia bergantung kepada kesedaran warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih.
Selain itu katanya, ia juga berkait dengan sentimen keadaan politik semasa.
"Berdasarkan trend, jumlah permohonan adalah rendah dalam tempoh selepas berakhirnya pilihan raya umum dan akan berlakunya peningkatan yang ketara dalam jumlah permohonan apabila masyarakat umum menjangkakan tarikh pilihan raya sudah semakin hampir," katanya yang juga ahli Parlimen Padang Rengas.
Menjawab soalan Chin Tong mengenai bilangan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yabg ditugaskan di seluruh negara untuk memproses pendaftaran pemilih baru, beliau memberitahu SPR mempunyai 132 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat secara tetap.
Di samping itu, sehingga Ogos 2011, SPR melantik seramai 10,865 Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) yang terdiri daripada 2,845 wakil parti politik, 3,992 wakil jabatan, 779 wakil pertubuhan dan 2s9 wakil universiti.
Ianya untuk membantu SPR menerima permohonan pendaftaran baru dan pendaftaran tukar alamat pusat mengundi.
"Pelantikan ini adalah bagi tempoh tertentu dan penamatan boleh dilakukan pada pada bila-bila masa bergantung pada syarat-syarat yang ditetapkan SPR," katanya.
Sementara itu, peruntukan yang ditetapkan untuk tujuan pendaftaran pemilih berjumlah RM500,000.
Manakala tempoh bagi satu-satu permohonan yang diterima oleh SPR sama ada untuk mendaftar sebagai pemilih baru atau pun memohon pertukaran alamat pusat mengundi, ia diproses dan diperakui mengikut tempoh suku tahun yang lazimnya mengambil tempoh masa antara tiga hingga lima bulan seperti berikut:
Suku Tahun Pertama (pendaftaran yang diterima dalam bulan Januari hingga Mac), pengesahannya dijangkakan dalam bulan Mei.
Suku tahun Kedua (pendaftran yang dietrima dalam bulan April hingga Jun), pengesahannya dijangkakan dalam bulan Ogos.
Suku Tahun Ketiga (pendaftaran yang diterima dalam bulan Julai hingga September), pengesahannya dijangkakan dalam bulan November
Suku Tahun Keempat (pendaftaran yang diterima dalam bulan Oktober hingga Disember), pengesahannya dijangkakan dalam bulan Februari tahun yang berikutnya.820,156 pemilih baru pada 2010:
'via Blog this'
Pengilang bekal beras skim al It’aam diugut
KOTA BHARU, 13 Okt: Slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan yang diuar-uarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dianggap semakin pudar, apabila diskriminasi politik masih menebal.
Dendam pemimpin Umno terhadap keberanian rakyat Kelantan menyingkir parti itu pada 1990 belum berpenghujung kerana deraan politik masih lagi subur dalam diari politik Umno.
Kes terbaru di mana pengilang-pengilang beras yang membekalkan beras skim al It’aam untuk rakyat miskin di Kelantan pula diugut.
Skim berkenaan mulai diperkenalkan kerajaan negeri bermula Febuari lalu, di mana seramai 8,100 penduduk miskin yang disenaraikan di bawah senarai e-Tegar mendapat bantuan beras percuma 10 kg sebulan.
Bantuan beras percuma pada peringkat awal diperkenalkan Dun Wakaf Bharu tahun lepas, di mana seramai 225 penduduk miskin mendapat sumbangan Adun kawasan itu, Che Abdullah Mat Nawi.
Malangnya selepas 10 bulan skim itu berjalan lancar, Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan mendedahkan pemilik kilang dan pembekal beras percuma pula diugut.
”Saya difahamkan pembekal beras kepada skim al It’aam diberi amaran agar tidak ikut serta menjayakan program berkenaan,” katanya di sini.
Menurut sumber pengilang dan pembekal beras yang terbabit skim al It’aam diugut akan ditarik lesen sekiranya terus memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.
(ikuti laporan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Pengilang bekal beras skim al It’aam diugut:'via Blog this'
