2011/10/07
SEBANYAK 226 gas pemedih mata jenis Tear Smoke Shell (TS Shell) dan 36 gas pemedih mata jenis Tear Smoke Grane (TS Granade) dilepaskan bagi menyuraikan penunjuk perasaan pada perhimpunan haram BERSIH, 9 Julai lalu.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kos bagi gas pemedih mata TS Shell adalah RM79.76 sebutir, manakala kos TS Grenade pula RM135 sebutir.
Beliau menjawab pertanyaan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai bilangan gas pemedih mata yang dilepaskan dan jumlah mereka yang ditahan ketika perhimpunan haram berkenaan.
Hishammuddin berkata, mengikut pecahan usia pula, seramai 761 yang ditahan berumur antara 11 hingga 35 tahun, 645 berumur antara 36 hingga 60 tahun, manakala 103 lagi berumur 61 tahun ke atas.
No comments:
Post a Comment